Friday, June 25, 2010

Bila Diet Dianggap Bahaya

Diet yang ketat akan membahayakan kesihatan. Cara terbaik untuk menurunkan berat badan adalah dengan cara bersenam secara teratur dan mengamalkan diet yang seimbang iaitu mengambil makanan yang sihat dan bernutrien tinggi. Selain itu, amalan atau tabiat hanya makan satu jenis makanan atau memaksa diri untuk turunkan berat dalam tempoh yang singkat juga boleh membahayakan diri. Risiko yang berkemungkinan akan timbul akibat diet yang seimbang adalah:-
1. Akan mangalami kekurangan nutrient akibat kekurangan menu yang seimbang.
2. Kurang aktiviti fizikal akibat diet akan meningkatkan risiko serangan jantung.
3. Kurangnya variasi makanan akan menimbulkan rasa bosan dan kecewa.
4. Selalunya diet seperti ini hanya akan bertahan dalam tempoh masa yang pendek kerana tubuh akan ‘menolak’ terus pola makan seperti ini.
5. Kemungkinan risiko gangguan kesihatan akan nampak di masa akan datang.

Wednesday, June 23, 2010

Strawberry Buah Ajaib Untuk Gigi

Strawberi bukan sahaja enak dimakan, bahkan mempunyai kandungan vitamin C yang berfungsi untuk memutihkan gigi. Nak tahu caranya? Mudah, anda hanya perlu menghancurkan sebiji buah strawberi, kemudian sapukan pada gigi dan biarkan beberapa minit. Akhir sekali, gosok gigi seperti biasa. Tips! Tahukah anda, Catherine Zeta Jones juga mengamalkan resipi strawberi untuk memutihkan gigi. Jadi apa tunggu lagi, senaraikan strawberi di dalam daftar perbelanjaan kamu sekarang

Tuesday, June 22, 2010

Rahsia Gigi Sihat dan Cantik

Selain kulit wajah yang bersih dan mulus, gigi yang cantik, sihat dan tersusun adalah rahsia kejelitaan seseorang wanita. Ia bukan sahaja mampu meningkatkan keyakinan diri, bahkan membuatkan senyuman kamu tambah menarik. Walaubagaimanapun, tidak ramai yang menyedari akan hakikat ini, hingga sanggup mengabaikan kepentingan penjagaan gigi. Ingin mengetahui cara berkesan menjaga gigi dengan betul? Berikut disenaraikan panduan yang boleh anda cuba.

Sekali memberus dan floss sehari sudah mencukupi?

Anda sudah dilatih sejak dari kecil lagi untuk memberus, dan floss gigi setiap pagi, malam dan selepas makan. Namun, tahukah kamu bahawa, hanya dengan sekali memberus gigi juga boleh mengelakkan karang gigi terjadi. Umumnya, bakteria yang menyebabkan karang gigi terjadi memerlukan 24 jam untuk kembali aktif dan membiak.

Gula bukanlah satu-satunya masalah!

Gula yang terkandung di dalam minuman bersoda bukan satu-satunya penyebab masalah gigi. Sebaliknya banyak sumber-sumber lain yang boleh menyebabkan gigi kamu menjadi rosak, antaranya makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi. Justeru, untuk mengelakkan ianya terjadi, elakkan makan makanan yang bergula, dan amalkan pembersihan mulut setiap kali selepas makan.

Mulut juga perlukan “makeover”?

Ramai yang inginkan senyuman secantik selebriti Hollywood. Ada yang sanggup melakukan pembedahan plastic semata-mata inginkan senyuman yang menawan. Namun, hakikat sebenar yang perlu anda tahu, senyuman yang cantik bukan terletak pada bentuk bibir yang seksi, tetapi pada barisan gigi yang putih, tersusun dan bersih.

Gigi yang putih memerlukan kos yang tinggi?

Anda sanggup mengeluarkan kos yang tinggi semata-mata untuk mendapatkan gigi yang putih. Hinggakan ada yang mula ketagih untuk melakukan proses bleaching berulang kali. Walau bagaimanapun, tabiat ini sebenarnya boleh mendatangkan masalah pada gigi, antaranya masalah pada gusi dan gigi akan menjadi lebih sensitif.

Monday, June 21, 2010

Minuman Berkarbonat Boleh Merosakkan Sel DNA


Bagi mereka yang terlalu kerap meminum minuman ringan termasuklah berkarbonat dan pati berperisa berisiko menghidap penyakit sirosis hati, Parkison dan cepat tua. Ia dikatakan mengandungi Natrium Benzoat E211 sejenis bahan pengawet yang di gunakan dalam industri minuman berkarbonat bagi mencegah minuman ringan daripada berkulat. Natrium Benzoat E211 juga menyebabkan kanser kerana apabila bercampur dengan vitamin C akan membentuk bahan yang boleh menyebabkan kanser. Ia boleh merosakkan bahagian penting asid deoksiribonukleik (DNA) dalam badan dan melumpuhkan kekuatan Sel DNA.

Kacang Buncis Kawal Kencing Manis



Kandungan zat yang terdapat di dalam kacang buncis lebih terpelihara jika dimakan mentah. Jika dimasak khasiatnya akan berkurangan. Kajian mendapati jika kacang buncit dimakan secara teratur kadar gula dalam darah akan menurun. 100 gram ekstrak buncis mengandungi kira-kira 7.81 peratus karbohidrat, 0.28 peratus lemak dan 1.77 peratus protein. Kajian juga mendapati di dalam kacang buncis terkandungnya zat, B-sitisterol dan stigmasterol yang mampu mempertingkatkan pengeluaran insulin.

Otak Sihat Dan Cerdas Dengan Kismis



Amalan memakan kismis membantu seseorang mendapat bekalan oksigen yang secukupnya. Kandungan Zat besinya sangat di perlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi disalurkan ke bahagian otak. Kekurangan oksigen pada bahagian otak boleh menyebabkan seseorang itu mudah merasa mengantuk, pelupa serta lemah fikiran.

Monday, June 14, 2010

Khasiat Wheatgrass



Terma wheatgrass digunakan untuk menerangkan tanaman Agropyon muda genus rumput daripada keluarga Poaceae. Tanaman ini berkait rapat dengan gandum tetapi kelihatan seperti rumput biasa pada peringkat awalnya. Tanaman dari jenis ini adalah tumbuhan semula jadi di Asia dan Eropah. Tidak hairanlah ada yang mengelarnya sebagai rumput gandum.

Wheatgrass mudah untuk ditanam. Malah ada yang menanamnya di dalam pasu atau bekas khas di rumah. Wheatgrass perlu mendapat cahaya matahari dan kerap disiram air. Rumput ini boleh tuai setelah ia mencapai ketinggian 8 inci.

Wheatgrass lebih dikenali dengan khasiat kesihatannya, dan selalunya ia dihancurkan untuk dijadikan jus untuk diminum. Jika anda tidak ada masa untuk membuatnya sendiri, anda boleh mendapatkan jus wheatgrass yang dijual di kedai menjual minuman jus dan makanan kesihatan. Walaupun begitu, jus yang dihasilkan daripada wheatgrass bukanlah bukanlah penyembuh ajaib. Ia hanyalah makanan tambahan yang mampu memberi kebaikan kepada pengambilnya.

Jus wheatgrass mengandungi lebih daripada 100 jenis elemen berbeza tetapi dikategorikan makanan yang lengkap. Kira-kira 15 paun wheatgrass hampir sama dengan protein dan nilai zat keseluruhan yang terdapat dalam 350 paun sayuran biasa. Kandungan utama wheatgrass adalah klorofil iaitu sebanyak 70 peratus.

Klorofil boleh didefinasikan sebagai tenaga solar pekat. Daun tumbuhan menukar tenaga cahaya kepada tenaga yang disimpan dalam serat tumbuhan. Kombinasi unik nilai zat, kimia dan tenaga dalam wheatgrass mampu memenuhi kekurangan zat seseorang. Selain daripada itu, jus wheatgrass dikatakan mampu membantu membuang toksin yang tersimpan dalam tubuh. Sejumlah selenium pekat yang terdapat dalam wheatgrass juga disebut amat baik untuk membantu membersihkan toksin logam berat seperti plumbum, merkuri, cadmium dan arsenic.

Pembuang toksin

Disebabkan jus wheatgrass adalah makanan berzat padat, maka anda tidak perlu minum dengan banyak. Anda boleh meminum kira-kira 30 mililiter (ml) jus setiap hari terutamanya sewaktu perut anda kosong. Jus ini kemudiannya akan secara perlahan-lahan bertukar menjadi lebih berair.

Namun begitu anda perlu mengambil jus wheatgrass dengan sejumlah air yang sama kerana jika mengambil jusnya sahaja ia boleh member tekanan kepada buah pinggang. Selepas itu tunggu lebih kurang 30 minit sebelum mengambil makanan atau meminum sebarang cecair.

Khasiat wheatgrass memang banyak. Ia dipercayai sebagai agen penentang kanser. Malah ramai yang mempercayai khasiat wheatgrass terhadap kanser dan pengambilannya mampu membantu rawatan malah pencegah kanser.

Pelumba basikal terkenal Lance Amstrong dikatakan amat mempercayai khasiat wheatgrass dan mengambilnya untuk tujuan kesihatan. Lihatlah bagaimana kecergasannya berlumba walaupun dia sebenarnya bekas pesakit kanser.
Khasiat lain wheatgrass adalah ia amat efektif dalam merangsang system imun tubuh untuk menentang dan sembuh daripada penyakit dan masalah kesihatan. Wheatgrass adalah sumber terbaik beta karotena, mengandungi sejumlah besar vitamin B, C, E, H, K.

Ia juga mengandungi kira-kira 90 mineral yang berbeza dan 19 asid amino. Wheatgrass juga mengandungi beberapa enzim aktif yang memainkan peranan utama dalam memecahkan lemak, mengambil fungsi biologi dan membantu dalam pengurangan berat badan. Daripada 90 mineral ini, kebanyakannya adalah beralkali dan ini termasuklah kalsium, magnesium, kalium, sodium dan besi.

Walaupun khasiat wheatgrass tidak dapat diragui, namun begitu pengambilannya perlu mendapat nasihat pengamal perubatan agar anda tidak mengalami sebarang masalah kesihatan di kemudian hari kelak.

Friday, June 11, 2010

Khasiat Buah Limau


Vitamin C terdapat pada pati buah, isi dan kulit. Sebanyak ¼ bahagian daripada kandungan keseluruhan vitamin C pada buah limau terdapat di dalam pati buahnya. Provitamin A (beta karoten) yang membentuk Vitamin A banyak terdapat di dalam kulit dan pati buah limau.

Vitamin C berperanan dalam proses penyerapan zat besi bukan organic (zat besi dan makanan bukan dari sumber haiwan) sehingga dapat mencegah dan membantu penyembuhan anemia.

Vitamin C juga memilih kemampuan sebagai antioksidan, yang dapat membantu mencegah kerosakan sel akibat daripada aktiviti molekul radikal bebas di dalam tubuh. Radikal bebas ini diketahui memberi impak yang buruk pada kesihatan seperti kanser, kardiovaskular dan katarak.

Hasil kajian terbaru menunjukkan bahawa pengambilan vitamin C yang tinggi dari makanan, termasuk daripada buah limau dapat mencegah kenaikan kadar LDL di dalam darah. Kandungan LDL yang tinggi di dalam darah menjadi faktor utama berkembangnya penyakit jantung.

Beberapa kajian epideminologi telah pun menunjukkan hubungan antara pengambilan vitamin C dengan risiko kematian akibat penyakit kardiovaskular. Vitamin C di dalam buah-buahan termasuk buah limau, secara ilmiah telah terbukti mampu melindungi tubuh terhadap serangan kanser.

Hasil Kajian epidemiologi menunjukkan bahawa pengambilan buah-buahan (antaranya buah limau) dan sayuran yang tinggi, memiliki kesan perlindungan terhadap kanser yang lebih baik berbanding dengan pengambilan vitamin C dalam bentuk suplemen mahupun tablet.

Disebabkan lensa mata memainkan peranan penting pada pembentukan penyakit katarak, peranan antioksidan (termasuk vitamin C) menjadi penting. Hasil kajian juga telah membuktikan bahawa individu yang mempunyai kandungan vitamin C dan karotenoid yang tinggi di dalam darah mempunyai risiko yang rendah untuk terkena penyakit katarak.
Limau, sebagai sumber vitamin C juga memberikan kesan pencegahan dan penyembuhan terhadap penyakit seperti pereputan tulang (osteoporosis), batu karang , gangguan fungsi kognitif dan asma.

Selain sebagai sumber vitamin C, buah limau juga merupakan sumber asid folat yang berpotensi. Sebiji buah limau dapat memenuhi 20 peratus daripada keperluan asid folat setiap hari. Kadar pengambilan makanan dengan kandungan asid folat yang tinggi seperti buah limau segar atau dalam bentuk jus, akan meningkatkan kadar asid folat.

Peningkatan kadar asid folat akan menurunkan kadar homosistein, yang merupakan racun bagi dinding pembuluh darah. Dengan menurunnya kadar homosistein, risiko penyakit kardiovaskular juga berkurang.

Komposisi gizi di dalam buah limau manis ialah: tenaga 45 kkal, protein 0.9 g, lemak 0.2 g, karbohidrat 11.2 g, fosfor 23 mg, kalsium 33 mg, zat besi 0.4 mg, vitamin A 190 IU, vitamin B1 0.08 mg, vitamin C 49 mg, serta air 87.2 g (per 100 gram buah limau).

Karbohidrat di dalam buah limau merupakan karbohidrat sederhana, iaitu fruktosa, glukosa dan sukrosa. Kandungan gula di dalam buah ini semakin bertambah apabila buahnya semakin tua, tetapi kandungan asamnya pula semakin berkurang. Buah yang mendapat sinar matahari secara terus akan mengandungi gula lebih banyak, termasuk vitamin C yang banyak juga.

Jadi, berbanding mengambil vitamin C dalam bentuk tablet, lebih baik amalkan memakan buah limau yang sememangnya kaya dengan kandungan vitamin C dan khasiat-khasiat lain yang baik untuk kesihatan tubuh badan.