Tuesday, August 31, 2010

Rutin Pagi Untuk Kesihatan

Mulakan hari kamu dengan segelas air suam bersama sehiris lemon berbanding secawan kopi atau teh. Ini membantu mencuci hati yang pada ketika itu fungsinya sangat aktif. Selain itu, ia merangsang system pencernaan dan menjadikan kamu lebih bertenaga. Lemon juga berfungsi membersihkan usus dan mempercepatkan proses penyingkiran toksin.

Monday, August 30, 2010

Zat Pengaruhi Mood


Vitamin B6, Vitamin C, Asid Folik (Folate) dan Zink adalah zat-zat dalam makanan yang bagus untuk meningkatkan mood. Otak manusia memerlukan serotonin untuk memiliki mood positif, selera makan yang baik dan tidur yang nyenyak. Serotonin adalah kandungan kimia dalam otak atau lebih dikenali sebagai ‘neurotransmeter.’ Zat-zat seperti Vitamin B6, Vitamin C, Asid Folik (Folate) dan Zink boleh membuat serotonin dari protein (tryptophan) yang boleh didapati pada daging, ikan dan kekacang. Jadi, untuk sentiasa memiliki mood yang positif, jangan lupa untuk menyeimbangkan pengambilan kadar zat yang diperlukan oleh tubuh.

Saturday, August 28, 2010

Latihan Kardio Untuk Miliki Perut Ramping Dan Tubuh Langsing

Ingin memiliki perut ramping serta tubuh langsing? Latihan kardio adalah salah satu latihan senaman yang patut kamu lakukan kerana kaedah ini boleh membantu membuang lemak hingga ke seluruh bahagian tubuh termasuklah bahagian perut kamu. Jika kamu masih belum memiliki jadual senaman efektif, kamu boleh cuba jadual berikut:

1)Isnin
Joging selama 30-35 minit. Akhiri aktiviti ini dengan latihan perut.

2)Selasa
Berenang selama 30-40 minit. Dua putaran dengan renang gaya bebas. Satu putaran renang gaya punggung dan satu putaran lagi dengan renang gaya dada.

3)Rabu
Berlari selama 25-35 minit. Joging selama 4 minit dan sprint selama 1 minit. Ulangi kaedah tersebut dan diikuti pula dengan senaman naik/turun tangga selama 5 minit. Akhir aktiviti senaman kamu dengan latihan perut.

4)Khamis
Berehat.

5)Jumaat
Circuit training selama 30 minit: Skipping selama 2 minit, 4 latihan perut yang berbeza-beza. Lari setempat selama 2 minit, push-up untuk 30 saat. Dan ulangi kaedah senaman ini selama 30 minit.

6)Sabtu
Jalan laju selama 40-60 minit

7)Ahad
Berehat

Friday, August 27, 2010

Ketahui Zat Telur


Telur adalah bahan makanan yang sangat diperlukan oleh tubuh. Boleh dihidangkan sebagai lauk dan turut digunakan sebagai salah satu bahan adunan kuih-muih, mee dan sebagainya. Telur adalah sumber protein yang relatif. Malah telur juga mengandungi choline, zat yang diperlukan oleh tubuh supaya kekal sihat terutamanya untuk perkembangan otak dan daya ingatan individu.

Jus Untuk Daya Ingatan


Biasakan diri kamu untuk menikmati jus sekurang-kurangnya 3 kali dalam seminggu, khususnya pada waktu pagi. Kamu boleh menikmati jus sayur-sayuran mahupun jus buah-buahan. Menurut satu kajian yang dilakukan di Universiti Vanderbilt terhadap 1600 orang, dengan membiasakan diri menikmati jus individu dapat mengurangkan 76% masalah tidak mampu mengingati. Pastikan dalam jus kamu itu mengandungi ‘polyphenols’ yang 1005 terdapat pada buah-buahan dansayur-sayuran.

Thursday, August 26, 2010

Cara Meredahkan PMS

Bagi sesetengah gadis, serangan ‘pra-menstrual sydrom’ (PMS) seperti keletihan, ngilu di perut dan payu dara serta emosi yang tidak stabil memanglah amat menyakitkan. Sungguh pun begitu, jangan bimbang, berdasarkan kajian yang dilakukan di US mendapati PMS boleh diredakan dengan makanan yang banyak mengandungi kalsium.

Perempuan yang mengambil 1,000 miligram kalsium per hari selama 3 bulan, boleh terhindar dari PMS, kerana PMS sebenarnya disebabkan oleh defensif kalsium. Kalsium sebanyak itu boleh diperoleh daripada 4 cawan susu lembu rendah lemak atau 3 cawan susu soya. Kamu juga disarankan mengambil roti gandum dan makanan tinggi serat untuk menghindari rasa ngilu di perut. Selain itu, kurangi juga sodium (Garam) dan kopi.

5 Tips Untuk Langsing Tubuh

Memiliki tubuh yang langsing tentunya menjadi idaman sesiapa sahaja . Lebih-lebih lagi gadis remaja sepertimu. Namun tidak semua mampu memilikinya kerana ada banyak factor yang mempengaruhi pembentukan fizikal seseorang itu. Bagaimanapun kamu masih boleh mencuba tips di bawah untuk memiliki tubuh langsing idaman kamu:

1. Setiap hidangan perlu ada sumber protein, karbohidrat, lemak dan sejumlah serat. Untuk sarapan pagi kamu boleh mengambil sebiji epal bersama yogurt rendah lemak.

2. Jangan kira jumlah kalori yang masuk. Sebaiknya kurangkan saiz makanan yang kamu ambil. Elakkan memotong kemasukan kalori secara drastic kerana ia akan menurunkan kadar metabolism tubuh kamu.

3. Dengar sahaja perkataan diet, kamu pasti membayangkan pelbagai makanan yang lazat harus dielakkan daripada menu diet. Kamu tidak semestinya perlu menghindarinya. Sebaliknya, beri perhatian kepada kuantiti yang sedikit dan terkawal.

4. Pastikan kalori yang masuk itu adalah dari makanan dan bukannya dari minuman. Sebotol minuman soda mengandungi kira-kira 150 kalori. Gantikan dengan pengambilan air kosong secukupnya.

5. Diet kamu akan lebih efektif jika diikuti dengan senaman atau aktiviti riadah. sesuaikan aktiviti-akitiviti tersebut dengan diet. Fokuskan minda bahawa kamu mahu kelihatan bagaimana. Elakkan focus kepada berapa berat yang kamu ingin turunkan. Fikirkan berapa inci yang mahu kamu turunkan dan bukannya jumlah kilogram.

Wednesday, August 25, 2010

4 Cara Menjaga Sel Otak

Manusia mempunyai beberapa sel otak. Semakin bertambahnya usia kamu, semakin berkuranganlah sel-sel ini. Pengurangan ini akan menjadi semakin bertambah jika sel otak jarang digunakan. Untuk mengelakkan terjadinya masalah penurunan sel otak, di bawah ada beberapa tips yangboleh diguna pakai, antaranya:

1. Perbanyakkan aktiviti fizikal misalnya marathon. Aktiviti fizikal boleh meningkatkan jumlah sel otak pada hippocampus iaitu bahagian otak yang mengatur memori dan proses belajar.

2. Makan ikan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu kerana ikan mengandungi Omega 3. Khasiat ini dapat membantu peredaran oksigen ke otak dan memperbaiki membran yang mengelilingi sel otak.

3. Cuba aktiviti yang baru, misalnya mencuba menu terbaru, pewangi baru dan aktiviti rutin harian yang baru. Ini akan membuatkan otak kamu lebih terangsang untuk bekerja.

4. Jauhi makanan ringan yang kaya dengan lemak. Lemak-lemak ini akan mengurangkan aliran darah yang kaya dengan oksigen ke otak.

Tuesday, August 24, 2010

Kesan Jika Tidak Bersenam

2 Minggu tidak bersenam
Kesannya:
Kekuatan otot berkurangan
Ketahanan jantung dan paru-paru sedikit menurun

2 Bulan tidak bersenam
Kesannya:
Otot sukar dilentur sehingga boleh mengakibatkan kecederaan.
Ketahanan jantung dan paru-paru menurun

2 Tahun Tidak bersenam
Kesannya:
Kekuatan otot serta jantung dan paru-paru berkurangan sebanyak 50%
Kekuatan otot merosot
Terjadi pengumpulan lemak di dalam badan

Monday, August 23, 2010

Tips Fit Tanpa Ke Gym

Adakah kamu perlu berlatih berjam-jam di gym untuk mendapatkan tubuh yang segar dan sihat? Tidak semestinya, sebenarnya aktiviti harian kamu di rumah juga tidak kurang hebatnya. Nak tahu rahsianya? Jom semak.

1) 30 minit berbelanja di pasar raya berhampiran dengan kediaman dan berjalan kaki pulang dengan membawa 2 beban di kiri dan kanan (50 kalori) = 25 minit latihan menggunakan mesin.

2) 30 minit berjalan-jalan bersama haiwan peliharaan (150 kalori) = 30 minit latihan stairmaster.

3) 10 minit naik tangga (84 kalori) = 9 minit sit up.

4) 1 jam mengasuh anak atau menjaga adik (222 kalori) = 25 minit mengikuti kelas step aerobic

5) 1 jam berfikir (110 kalori) = 20 minit mengikuti kelas senam aerobic

6) 30 minit ice-skating (193 kalori) = 15 minit mengikuti spinning class

7) 1 jam menata hias rumah (286 kalori) = 30 minit boxing

8) 1 jam melakukan pekerjaan domestic (286 kalori) = 30 minit berlari

9) 10 minit memasak dan menyiapkan makanan (80 kalori) = 8 minit berenang gaya dada

10) 30 minit melakukan tarian moden (175 kalori) = 30 minit berlatih yoga

11) 1 jam jalan cepat (254 kalori)= 30 minit melakukan circuit training.

12) 75 minit jalan-jalan di pasar raya (146 kalori) = 15 minit latihan elliptical trainer.

13) 30 minit berkebun (330 kalori) = 30 minit skipping

Tuesday, August 17, 2010

10 Cara Kurangkan Lemak

Selain banyak bergerak dan sentiasa aktif, ada banyak cara lain yang boleh membantu kamu mempercepatkan pembakaran kalori dan mengikis pengumpulan lemak dalam tubuh. Antaranya:

1. Bersenam, ia agak kuno tapi sangat popular, murah dan efektif. Semakin banyak dilakukan, semakin banyak kalori yang dibakar.

2.Aktiviti berjalan cepat setiap hari antara latihan yang amat disarankan. Ia bukan sahaja membuatkan tubuh menjadi lebih segar dan sihat, bahkan dapat membantu membakar lebih banyak kalori.

3. Tahukah kamu? Walaupun kamu sudah selesai menjalani latihan, namun tubuh masih terus membakar banyak kalori. Berdasarkan satu kajian, metabolism akan terus meningkat setiap 24 jam.

4. Ketika bersenam, kamu menggerakkan otot. Ini akan membantu membangunkan otot serta meningkatkan jaringan otot membakar lebih banyak kalori dan lemak dalam tubuh.

5. Minum teh hijau dan teh hitam. Teh adalah minuman yang menyihatkan, secawan teh akan membuatkan kamu lebih bertenaga serta merangsang serta merangsang kamu untuk terus aktif dan bertenaga. Dengan perubahan ini akan membantu metabolisme tubuh berkerja keras untuk membakar lebih banyak kalori.

6. Makan sedikit, tapi kerap kali. Setiap kali kamu makan atau mengunyah, system pencernaan memainkan peranannya di dalam system tubuh. Untuk mengaktifkan system pencernaan, tubuh memerlukan kalori. Sebab itulah, semakin kerap kamu makan, semakin banyak kalori yang dibakar. Tapi harus diingat, jumlah makanan yang dimakan hendaklah sedikit.

7. Jangan tunda sarapan. Orang yang sering menunda sarapan akan lebih cenderung untuk makan berlebihan pada waktu tengah hari.

8. Makanan yang pedas juga dapat membantu meningkatkan metabolisme tubuh. Dengan cara ini sedikit sebanyak dapat membakar jumlah kalori di dalam tubuh.

9. Minumlah susu rendah lemak. Kalsium yang terkandung di dalam susu rendah lemak membantu membakar lebih banyak kalori.

10. Minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Air yang diminum dapat membantu tubuh membakar lebih 100 kalori. Mungkin jumlahnya agak kecil, tapi jika dihitung selama seminggu, ia boleh mencapai sehingga 700 kali atau 2,800 sebulan.

Tuesday, August 10, 2010

Diet Tanpa Berlapar

Tidak perlu mengurangkan pengambilan makanan, jika ingin kurus. Sebaliknya kamu hanya perlu memilih jenis buah-buahan yang boleh menggantikan keinginan kamu untuk merasa manisnya gula. Selain itu, tubuh akan memberi tindak balas positif terhadap gula natural yang terdapat di dalam buah. Antara buah-buahan yang sesuai untuk program diet ialah:

Nanas

Nanas mengandungi bromelain, enzim yang mampu mengurangkan protein. Nanas juga kerap digunakan untuk membuang toksin dalam tubuh dan menurunkan berat badan. Kandungan serat dalam nanas juga banyak, dan akan membuatkan kamu terasa kenyang.

Limau

Selama ini limau dikenali sebagai buah-buahan yang kaya vitamin C. Namun, tahukah kamu, limau juga mempunyai banyak keistimewaan lain seperti tidak mengandungi lemak, rendah kalori dan kaya serat.

Epal

6 gram serat yang terdapat dalam sebiji epal bersaiz sedang dapat membantu system pencernaan kamu. Epal tidak memiliki kandungan sodium atau lemak, tetapi kaya vitamin serta mineral . Sebiji epal akan membuatkan kamu kenyang dan membantu membakar kalori.

Peach

Selain rasanya yang enak, kalorinya juga rendah dan kaya dengan vitamin A dan C.

Sunday, August 8, 2010

Smoothies buah-buahan



Minuman ini sangat popular dengan keenakan dan manfaatnya yang tinggi. Bayangkan, segelas smoothies buah-buahan boleh membekalkan tenaga dan serat buah-buahan yang tinggi. Sumber tenaga dan protein ini berasal dari rasa manis, susu dan Yogurt. Untuk mengawal jumlah kalori yang terkandung di dalam segelas smoothies, pastikan kandungan gulanya tidak terlalu tinggi.

Thursday, August 5, 2010

3 Cawan Teh Sehari Sudah Cukup

Seperti juga kopi, teh turut mengandungi kafein, namun kandungannya tidaklah setinggi kafein yang terkandung di dalam kopi. Untuk membekalkan tenaga, 3 cawan teh dalam sehari sudah cukup buat kamu. Sebaliknya jika diambil lebih dari 8 cawan sehari, ia dibimbangi akan menimbulkan kesan dehidrasi dan anemia akibat kekurangan zat besi. Sebagai pilihan, kamu boleh mencuba teh hijau kerana ia dikatakan mampu memberikan ketenangan dan merilekskan fikiran.

Tuesday, August 3, 2010

Benjolan Itu Kanser

Sekiranya kamu menemui benjolan di beberapa bahagian tubuh seperti di payudara, leher, perut atau di bahagian tubuh lain, jangan panic. Belum tentu benjolan tersebut adalah tumor ganas atau kenser. Untuk memastikan ianya bukan kanser, kamu perlulah mendapatkan pemeriksaan di hospital atau klinik.

Benjolan Di Payudara
Ada kemungkinan benjolan tersebut disebabkan oleh berlakunya perubahan perubahan hormone dalam tubuh. Ia tidak berbahaya, bentuknya seperti buah anggur yang lembut, dan bergerak ketika disentuh. Namun sekiranya benjolan tersebut menimbulkan kesakitan dan terdapat kesan yang agak pelik serta membimbangkan, usah tunggu lagi, segeralah ke klinik untuk pemeriksaan lanjut.

Benjolan di Celah Paha
Pernah mengalami benjolan kecil di celah paha? jangan kuatir, kerana setiap wanita pernah mengalaminya. Boleh jadi ia disebabkan kerana hampir setiap wanita pernah mengalaminya. Boleh jadi ia disebabkan oleh kesan dari pakaian dalam, akibatnya waxing atau ketika itu kamu diserang flu. Benjolan ini hanyalah isyarat yang menunjukkan system kekebalan tubuh sedang melakukan tugasnya dengan baik, iaitu menyingkirkan bakteria dan virus.

Monday, August 2, 2010

Gaya Hidup Sihat

Minum Air Putih Secukupnya
Tubuh tidak akan memberikan isyarat ‘Haus’ sehinggalah kamu benar-benar berasa haus. Tapi, mengapa pula air putih yang perlu dijadikan pilihan. Ini kerana 2/3 daripada tubuh terdiri daripada air dan ini jelas membuktikan air merupakan unsure paling penting bagi tubuh. Umumnya, setiap hari kita akan kehilangan 1.5 liter air melalui kulit, paru-paru dan ginjal (air kencing). Untuk itu, kamu perlu menggantikannya dengan jumlah yang cukup, sehinggalah tubuh terasa segar dari keletihan, sakit kepala, kulit kusam dan bad mood.

Sarapan Pagi Setiap Hari
Alasan yang sering didengar adalah tidak punyai waktu yang cukup untuk bersarapan. Tahukah kamu kalau tidak bersarapan ia akan mempengaruhi mood dan produktiviti. Tak perlu bersarapan yang mewah, tapi cukulah sekadar sarapan yang sihat dan ringan. Misalnya segelas susu atau jus buah-buahan.

Makan Tengah Hari yang Sihat

Kebiasaannya makanan yang tinggi kalori menjadi pilihan utama apabila kamu mula terasa lapar. Untuk mengimbangi atau mengurangkan pengambilan kalori yang berlebihan. Kamu disarankan agar makan potongan buah-buahan terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang makanan yang berat. Buah-buahanbukan sahaja kaya serat bahkan boleh membuatkan kamu terasa kenyang dan tidak mahu makan lagi.

Kawal Makan Malam

Biasanya setelah seharian bekerja, kamu akan berasa malas untuk menyediakan menu makan malam. Jalan termudah yang akan kamu ambil adalah makan makanan segera yang pastinya mengandungi lemak dan garam yang tinggi. Cara paling berkesan untuk mengatasi masalah ini adalah, makan sesuatu sebelum pulang ke rumah. Pastikan makanan yang dimakan tidak mempunyai lemak yang tinggi, sihat dan cuba hindari makanan yang digoreng.