Monday, September 27, 2010

Kenali 5 Jenis Kacang & Khasiatnya

Selain kacang tanah, ada beberapa jenis kacang lagi yang dikatakan baik untuk kesihatan tubuh. Antaranya adalah almond, walnut, pecan, macadamia, pistachio, pine nut, kacang soya dan kacang Brazil, yang rata-rata mengandungi lemak serta kaya kalsium dan zat besi. Selain itu, kekacang ini juga bagus untuk mencegah sembelit, membersihkan dan menguatkan gigi serta gusi.

Almond


Kacang almond memang popular. Bagi penggemar coklat kamu pasti akan menemui potongan almond sebagai penambah kelazatan di dalamya. Namun, tahukah kamu terdapat 2 jenis Almond yang sangat popular, iaitu almond manis dan almond pahit. Almond manis lazimnya digunakan dalam memasak dan memanggang, manakala almond pahit pula digunakan untuk menghasilkan ekstrak almond. Biasanya almond dikenali sebagai makanan untuk otak dan tulang. Lebih dari 65% lemak pada almond merupakan lemak tak jenuh tunggal, yang dapat menurunkan kadar “kolesterol jahat” (low density lipoprotein).

Pecan

Pecan sering ditaburkan di atas ais krim yang biasa disajikan di kafe-kafe. Pecan mengandungi 65-70% lemak sihat. Pecan termasuk dalam kelompok kekacang yang mengandungi lemak tertinggi dan kaya dengan protein. Pecan juga dipercayai mampu memperbaiki system saraf dan sangat berguna dalam memperbaiki sel-sel yang rosak dalam sesetengah kes penyakit jantung. Pecan kaya dengan kandungan vitamin E yang terikat dalam lemak sihat dan merupakan antioksida yang kuat.

Walnut

Orang cina menyebut walnut sebagai longevity fruit. Bukan semata-mata kerana pohonnya yang bertahan sehingga beratus tahun tetapi walnut juga adalah sejenis makanan yang mampu tahan lama. Ada 3 jenis walnut dan yang paling popular ialah “Persian Walnut” yang berwarna lebih gelap. Serta ‘Butter Nut’ yang juga dikenali sebagai ‘White Walnut.’ Walnut mengandungi 60% lemak dan 20 protien. Sebahagian besar kandungan lemaknya adalah lemak sihat. Di dalam walnut juga terkandung magnesium.

Pistachio


Sekembalinya seseorang dari Mekah, mereka sering menghadiahkan buah tangan kepada rakan-rakan dan saudara-mara dengan kacang pistachio. Pistachio memang banyak tumbuh di Timur Tengah dan Asia Barat. Pistachio panggang adalah makanan ringan yang sihat dan lazat. Pistachio kaya dengan zat besi. Makan 50 biji Pistachio bersamaan penyediaan lebih dari 10% keperluan serat dalam badan setiap sehari. Kacang ini juga adalah sumber yang unggul dari asid lemak tidak jenuh tunggal, jenis lemak ini berguna untuk menurunkan kadar kolesterol ‘jahat’ LDL dan meningkatkan kadar kolesterol ‘baik’ HDL.

Macadamia

Kacang macadamia dikenali juga sebagai Queensland Nuts kerana banyak tumbuh di daerah Queensland, Australia. Nama ‘macadamia’ diambil bersempena menghormati jasa Dr.John Macadam, rakyat Australia yang Berjaya menemui kacang ini. Kacang ini kaya dengan kandungan lemak sihat (70%), tetapi rendah protein (8%). Selain itu macadamia juga kaya dengan kalsium, zat besi dan magnesium. Sebagai terapi semula jadi, individu yang gemar menikmati macadamia ternyata boleh membantu mengatasi masalah ketagihan alcohol, memulihkan gangguan hati, mengatasi anemia dan meningkatkan kesihatan secara umum dengan memperbaiki system kekebalan tubuh.

Wednesday, September 22, 2010

Cegah Batuk Kering


Jika ada di antara ahli keluarga anda yang mengalami batuk yang berpanjangan sehingga dua minggu atau lebih, batuk berdarah, demam dan berpeluh pada waktu petang atau malam, segeralah membawa mereka berjumpa doktor. Kemungkinan mereka dijangkiti batuk kering yang disebabkan jangkitan kuman "tubercle bacilli". Terdapat seramai 100 juta penduduk di seluruh dunia dijangkiti batuk kering di mana 8 juta daripada mereka mempunyai jangkitan yang aktif. Sekiranya tidak dikesan, ia boleh merebak ke otak, tulang, kelenjar limfa, buah pinggang dan kulit. Justeru itu, ahli keluarga atau orang terdekat pesakit dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut.

Thursday, September 16, 2010

Samsung B7732: Flip Phone Bisnes 2 Skrin

Samsung B7732 adalah satu model peringkat tinggi dengan hasil buatan yang halus. Dari segi fungsi, ia adalah model 2 SIMcard 2 standby, membekalkan perkhidmatan internet yang memudahkan; selain itu, kamera 5.0MP membekalkan fungsi penggambaran yang mendahului kebanyakan handphone.

Samsung B7732 bersaiz 103.1 X 54.4 X 19.9mm dengan berat setinggi 180g. Rekaan muka depan dan belakang dengan proses “metal drawing” dan juga saiz yang besar menjadikan B7732 kelihatan megah dan mewah

Wednesday, September 15, 2010

Windows Phone 7: Melancarkan Lebih 60 Permainan Xbox Live

Memandangkan kejayaan dalam permainan video Xbox 360, Microsoft ingin membawa Xbox Live ke dalam platform handphone. Dalam pameran permainan Gamescom 2010 di Jerman baru-baru ini, Microsoft mengumumkan pelbagai fungsi dalam Xbox Live on WP7. Fungsi online seperti sistem paper-doll, komuniti kawan, permarkahan, berita dan sebagainya kini dapat dilakukan pada Windows Phone 7.

Microsoft juga mengumumkan lebih 60 permainan WP7 Xbox Live dalam handphone antaranya termasuk UNO, Crackdown 2: Project Sunburst, The Harvest, Bejewed 2 dan sebagainya. Pengusaha permainan pula termasuk MGS (Studio Microsoft), GameLoft, Konami Bandai, PapCap dan THQ, malah akan terus menambahkan lebih pengusaha permainan lagi.

Tuesday, September 14, 2010

Acer beTouch E120: Menyasarkan Pasaran Pertengahan - Rendah

Acer beTouch E120 berbentuk palang dengan skrin kawalan sentuh QVGA 2.8 inci. Ia dilengkapi prosesor ST Ericsson dengan frekuensi 416MHz.

Acer beTouch E120 menggunakan sistem Android 1.6, terdapat kamera 3.2MP, memori dalaman RAM 256MB dan ROM 512MB. Selain itu, Acer beTouch E120 dilengkapi skrin LCD kapasitif 2.8 inci yang diperbuat bahan TFT dengan resolusi 320 X 240 piksel, proses kawalan sentuh adalah lancar. Spesifikasi lain termasuk: penyokongan Wi-Fi, Bluetooth 2.0 + EDR, 3G WCDMA, GSM 4 frekuensi, G-Sensor dan menyokong kad memori MicroSD sehingga 32GB, terdapat bateri 1500mAh.

Acer beTouch E120 dilengkapi prosesor T Ericsson 416 MHz, radio FM, port earphone 3.5mm serta menyokong accelerometer. Walaupun Acer belum mengumumkan harga dan tarikh pemasaran Acer beTouch E120, spesifikasi dan fungsi E120 menunjukkan ia menyasarkan pasaran pertengahan.

Sunday, September 12, 2010

Buah Buahan Segar Berkhasiat


Buah-buahan segar adalah sumber paling berkhasiat untuk tubuh badan kamu. Kandungan vitamin, mineral dan seratnya membuatkan sistem metabolisme berjalan lebih lancar. Organ tubuh juga akan turut berada dalam keadaan seimbang termasuk kulit. Agar kelihatan sentiasa sihat, kulit perlu dipelihara dengan pengambilan vitamin C dan E dalam jumlah yang mencukupi.Kedua-dua vitamin ini juga adalah antioksidan yang membuatkan kulit kita kelihatan cerah dan lembut. Lantaran itu tidak rugi jika kamu mengamalkan pemakanan buah-buahan segar dengan banyak setiap hari.

Khasiat Buah Organik


Syabas jika kamu telah terbiasa melengkapkan menu makanan harian kamu dengan menikmati buah-buahan. Selain mengandungi nutrisi penting, buah-buahan seperti limau, epal dan pir memiliki banyak serat yang baik untuk kesihatan badan kamu khususnya bagi melancarkan pencernaan. Apa kata sesekali kamu cuba menikmati buah-buahan organik pula. Harga buah organik memang lebih mahal berbanding buah biasa. Namun, kerana bebas bahan kimia dan sebagainya maka buah-buahan organik ini nyata lebih berkhasiat. Beberapa penelitian juga membuktikan bahawa buah organik mengandungi kandungan nutrisi lebih tinggi berbanding buah biasa. Malah rasanya juga lebih segar dan crunchy.

Saturday, September 11, 2010

Apa itu Selulit?

Selulit terjadi ekoran banyaknya timbunan lemak, sisa-sisa pembuangan dan racun di bawah kulit. Timbunan akan menyekat saluran yang berperanan untuk membuang racun tidak dapat bekerja dengan baik. Akibatnya, timbullah pembengkakan pada kulit. Permukaan kulit Nampak bergelombang seperti kulit limau. Bila kulit yang terkena selulit adalah luas ia member kesan negatif pada kulit.

Penyebab utama faktor timbulnya selulit ini adalah hormon yang menyebabkan timbunan cairan dalam jaringan kulit dan menurunkan proses pembakaran lemak. Faktor-faktor lainnya turut dipengaruhi oleh bentuk. Bagi wanita, jaringan di bahagian bawah perut dan pinggul adalah sangat longgar. Lemak mudah masuk ke jaringan ini. Maka tidak hairanlah bila selulit mudah terjadi pada bahagian perut, paha, pinggang, punggung atau lengan atas.

Di pasaran hari ini, terdapat pelbagai jenis produk krim anti selulit. Pemakaiannya adalah dengan cara menyapukan krim tersebut pada bahagian yang bermasalah dengan sapuan secara memutar. Urut perlahan-lahan di tempat yang terdapat selulit itu. Urutan ini dikatakan boleh memperbaiki pembuluh darah yang terhalang dan meningkatkan penyerapan zat yang terdapat dalam krim tersebut.

Namun, krim tersebut hanya menyentuh daerah permukaan kulit sahaja dan bukan lemak yang berada di bawahnya. Lantaran itu, sebaik-baiknya kamu kombinasikan olahraga dan diet untuk memperolehi hasil yang lebih optimum.

Wanita Dan Kulat Alat Sulit

Di kawasan alat sulit wanita memang tumbuh sejumlah kulat. Ketika mendapat rangsangan, kulit tersebut akan berkembang menjadi infeksi. Iklim negara kita yang panas dan lembap juga merupakan salah satu faktor yang mudah untuk mengundang pertumbuhan kulat. Semak fakta tentang wanita dan infeksi kulat ini.

Kedudukan alat sulit wanita yang berada di dalam, membuatkan lorong antara mulut alat sulit dan alat peranakan menjadi lembap. Akibat kurangnya udara, lokasi tersebut menjadi tempat yang paling ideal untuk perkembangan dan pembiakan kulat.

60-80 peratus wanita pernah mengalami infeksi kulat ‘Candida,’ yang dikatakan infeksi kulat paling mudah untuk dijangkiti.

Hubungan seksual yang tidak bersih juga boleh mengakibatkan infeksi kulat, dan bintik kulat tersebut boleh menjangkiti pasangan. Aktiviti yang mengeluarkan banyak peluh akan mengundang perkembangan kulat.

Gejala tumbuhnya kulat juga boleh dikenal pasti dengan rasa gatal yang disertai gumpalan putih seperti keputihan. Kemudian, tumbuh binti-bintik kemerahan di sekitar kawasan alat sulit wanita.

Friday, September 10, 2010

Khasiat Kari


Kari yang merupakan menu utama dalam masakan India begitu terkenal dengan ramuan dan rempah ratus serta mempunyai rasa ‘tajam’ dan pedas. Bagi penggemarnya, sudah tentu ianya tidak menjadi masalah. Apa sahaja variasi kari yang digunakan, misalnya dalam masakan daging ayam, lembu, ‘seafood’ sehinggalah ke sayur-sayuran. Meski pun masakan ini sering dihindari oleh mereka yang mengalami gangguan di perut, namun ramuan yang ‘tajam’ ini dikatakan berkhasiat untuk kesihatan. Dari hasil kajian yang dijalankan oleh pakar perubatan Universiti Nottingham, mengatakan bahawa pengambilan makanan ini dapat membantu melawan segala jenis kanser. Kandungan yang terdapat di dalamnya berupaya membunuh sel-sel kanser. Mereka juga mempercayai rasa panas yang terkandung pada masakan tersebut boleh digunakan untuk penyembuhan ‘psoriasis’ yang juga digunakan untuk melawan penyakit kanser kulit. Dengan khasiat baru tersebut, tiada alasan lagi untuk menolak hidangan yang satu ini.

Penyebab Ngilu Semasa Haid

Ngilu haid (dysmenorrhoe) biasanya terasa di perut bahagian bawah dan timbul sebelum, selama atau sesudah haid. Tetapi ngilu yang sering terjadi selama haid dan sifatnya seperti sebu di perut boleh berlangsung sepanjang hari atau terus menerus. Rasa ngilu ini disebabkan adanya tindak balas di rahim (uterus).

Ada banyak penyebabnya. Penyebab primer adalah ngilu di saat hari pertama haid dan tidak ada kelainan dari alat peranakan. Perkara ini boleh juga di sebab oleh faktor hormon, psiko genik, keadaan lain yang turut disebabkan oleh anemia atau keletihan. Selain itu ianya juga mungkin anatomi rahim yang sempit, iaitu leher rahim yang terlalu ke depan atau terlalu ke belakang, sedangkan penyebab sekunder biasanya timbul kerana adanya infeksi pada alat sulit, polip, kanser atau endometriosis.

Tuesday, September 7, 2010

Rahsia Tidur Lena

Ada ramai individu di negara kita yang mengalami kesukaran untuk tidur atau lebih dikenali dengan insomnia. Ada beberapa factor yang mendorong kepada timbulnya permasalah ini. Bagaimanapun apa yang ingin diutarakan di sini ialah apa yang boleh kamu lakukan untuk mendapatkan tidur yang lebih lena.

1)Jangan Makan Malam Terlalu Kenyang
Sebaiknya cuba usahakan makan malam sebelum pukul 7 malam supaya kamu boleh tidur dengan keadaan perut yang tidak terlalu penuh.

2) Kurangkan kegiatan yang memaksa kamu menggunakan otak dan fikiran selepas jam 8.30.

3) Matikan lampu bilik tidur kamu seawal jam 8.30 malam
Jika kamu belum biasa tidur pada waktu ini, anjakkan waktu tidur setengah jam lebih awal setiap minggu sehingga kamu terbiasa tidur pada jam 8.30 malam.

4) Mandi air suam satu jam sebelum tidur
Titiskan minyak aromaterapi seperti lavender, vanila atau cendana ke dalam air tab mandi untuk membuat kamu lebih rileks. Redupkan lampu dan pasangkan lilin. Jika boleh, pasangkan radio atau muzik yang mendamaikan.

5) Minum air suam
Cuba minum susu atau the chamomile sebelum masuk tidur. Cara ini memang berkesan untuk mendapat tidur yang nyenyak.

6) Menulis diari
Sebelum kamu tidur, alihkan kesemua isi fikiran yang bermain di minda kamu yang sedang bergerak aktif itu ke dalam diari ataupun buku nota harian kamu supaya kepalamu tidak terlalu penuh lagi.

7) Baca majalah atau buku
Jangan pilih novel yang terlalu dramatis atau sarat dengan penghayatan kerana ini akan menyukarkan kamu untuk tidur. Pilih buku yang memberikan ispirasi kepada kamu dan apa sahaja bahan bacaan yang ringan serta tidak terlalu padat.

8) Rasakan tubuh kamu
Ketika sudah berbaring di tempat tidur, tutup mata dan rasakan tubuh kamu. Dengan cara itu, kamu membawa perhatian ke tubuh badan kamu. Jika ada ketegangan di bahagian tubuh tertentu, cuba untuk rileks dan regang-regangkan sedikit otot-otot di bahagian tersebut.

9) Perhati dan dengar nafas hingga tidur
Tindakan ini boleh membantu dan mengingatkan kamu masih berbaring di tempat tidur. Diam dan hayatilah setiap helaan nafas. Saat itu aktiviti metabolism berada dalam keadaan perlahan, sama seperti ketika kita tidur nyenyak.

Nutrien Untuk Rambut

Jangan risau, selain perawatan luaran, perlu kamu ketahui ialah pemakanan juga penting untuk rambut. Vitamin dan pelbagai manfaat yang terkandung di dalam makanan mampu membuatkan rambut kamu kembali cantik, berkilau, segar dan bermaya:-

Zat Besi
amat penting untuk membekalkan oksigen yang secukupnya pada rambut. Kekurangan zat besi akan membuatkan rambut dan akar rambut kekurangan oksigen. Makanan yang kaya dengan zat besi adalah daging merah, sayuran berdaun gelap.

Zink
Amat diperlukan untuk mencegah rambut gugur dan menghasilkan protein untuk rambut. Antara makanan yang kaya zink adalah daging dan makanan laut.

Tembaga
Rambut juga memerlukan tembaga untuk proses pigmentasi rambut, sehinggakan rambut kamu kelihatan lebih cantik dalam warna yang semula jadi. Makanan yang kaya tembaga adalah kerang, hati, sayur-sayuran segar, kacang dan daging.

Vitamin A
Yang terkandung di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran seperti lobak merah membantu memulihkan masalah rambut gugur.

Vitamin B dan Vitamin C
Amat diperlukan untuk melancarkan perjalanan darah agar rambut kamu menjadi lebih kuat. Vitamin C pula merupakan antioksida yang membantu untuk meremajakan dan merawat sel-sel yang rosak. Antara buah-buahan yang kaya dengan vitamin C adalah lemon, limau dan strawberi.

Vitamin E
Merupakan antioksida yang berkemampuan untuk menghasilkan kulit yang sihat dan mengaktifkan pertumbuhan rambut. Makanan yang kaya vitamin E adalah minyak kacang dan hati.

Samsung Mengumumkan i9000 Galaxy S Edisi Putih

Sebelum ini terdapat khabar angin bahawa Samsung akan melancarkan i9000 Galaxy S edisi putih, tetapi tiada gambar yang menyokongnya.

Namun baru-baru ini, Samsung Korea mengumumkan edisi putih untuk handphone flagship i9000 Galaxy S. Kerangka belakangnya ditukar dari warna hitam ke warna putih, kelihatan lebih bersih dan cantik. Samsung juga mengumumkan bahawa penjualan i9000 Galaxy S di Korea telah melebihi 800 ribu buah dalam masa 55 hari, penjualan handphone yang paling cepat di Negara tersebut. i9000 Galaxy S edisi putih ini akan turut dijual di kawasan lain

Gambar Desain Nokia N9 Bocor?

Kebelakangan ini, pembuat Nokia di negara China kerap membocorkan gambar desain handphone yang belum diumumkan secara tidak sengaja (Sengaja Kot). Selepas Nokia C7, kini terdapat pula gambar baru untuk model flagship tertinggi dalam siri N-Nokia N9.

Gambar-gambar ini mula wujud di forum luar negara, dan seterusnya diforward ke laman web negara lain. Ia adalah model QWERTY gelongsor sisi dengan skrin kawalan sentuh yang sangat besar. Dari gambar antaramuka, sistemnya bukan Symbian^3, kemungkinan adalah Meego atau Symbian^4 yang akan dilancarkan. Kerangkanya dikatakan diperbuat dari bahan logam penuh, tetapi tiada maklumat tentang spesifikasi lain.

Monday, September 6, 2010

Coklat Vochelle: Cita Rasa Idaman

Coklat sering dikaitkan sebagai pengaruh makanan yang bersifat psikologi. Coklat mengandungi zat yang boleh membuatkan kamu merasa tenang sewaktu kamu menikmatinya . Kombinasi aroma dan rasanya menjadikan coklat makanan yang paling gemar dinikmati oleh semua peringkat usia.

Vochelle, satu dari jenama coklat pilihan terkenal negara pernah melancarkan semula imejnya berserta slogan baru, “Cita Rasa Idaman” yang melambangkan keghairahan dan anspirasi Vochelle untuk menjadi jenama premium yang diidamkan oleh seluruh warga dunia. Penampilan Vochelle nyata lebih gagah, menarik dan kontemporari. Warna-warna menarik dalam corak jingga, biru, merah, hijau dan ungu mewakili kepelbagaian jenis coklatnya. Inginkan coklat yang lazat dan berkualiti tinggi? Nikmatinya Vochelle “Cita Rasa Idaman” ini walau di mana jua kamu berada. Kamu pasti akan lebih menghargai detik-detik sewaktu menikmatinya.

Jangan Makan Sembarangan Jika Memakai Pendakap Gigi

Jika kamu ingin memiliki gigi yang cantik dan bersih. Kamu perlu menitik beratkan soal pemilihan makanan. Malah sekiranya kamu sedang merawat gigi dengan pemakaian pendakap gigi kamu perlu cerewet soal pemilihan makanan. Sebaiknya kamu perlu hindari:-

1) Makanan Keras
Pemakaian pendakap gigi akan menyebabkan kedudukan gigi kamu berubah-ubah dan goyah. Jadi, kamu perlu mengelak dari menikmati makanan yang keras dan sukar untuk digigit. Namun ia bukan bermaksud kamu hanya perlu menikmati bubur sahaja sepanjang pemakaian pendakap gigi itu. Jika kamu ingin menikmati sebiji epal misalnya. Jangan terus menggigit buah epal tersebut, sebaliknya kamu perlu memotong buah tersebut kepada beberapa bahagian bagi memudahkan proses gigitan dan kunyahan kamu nanti. Jangan paksa gigi kamu berkerja keras demi menjaga kesihatannya.

2) Makanan yang meninggalkan kesan
Jika kamu memakai pendakap gigi kekal yang besinya berwarna putih atau lut sinar kamu perlu lebih berhati-hati dalam soal pemilihan makanan. Jangan mengambil makanan yang boleh meninggalkan kesan pada gigi. Bukan sekadar gigi yang boleh bertukar warna, ia juga akan mempengaruhi warna pendakap gigi kamu sendiri. Jadi untuk memiliki gigi serta mulut yang bersih di sepanjang pemakaian pendakap gigi. Kamu perlu cerewet dalam soal pemilihan makanan.

3) Makanan Manis
Jangan mengambil makanan manis seperti caramel sewaktu pemakaian pendakap gigi dari jenis kekal. Makanan manis biasanya bersifat melekit dan sukar untuk dibersihkan lebih-lebih lagi jika sisa-sisa makanan itu terselit di celah-celah pendakap gigi kamu. Sekiranya sisa makanan tidak dibersihkan sepenuhnya, ia boleh menyebabkan masalah gigi berlubang.

Sunday, September 5, 2010

Jika Malas Bersenam Adakan Fitness Party

Ketika kamu malas melakukan rutin senaman, apa yang selalu kamu lakukan? Berhenti bersenam? Jangan sampai begitu. Menggantikan aktiviti senaman atau mencari teman untuk bersenam adalah cara terbaik untuk memotivasikan diri agar terus beraktiviti secar sihat. Jadi apa kata kamu adakan satu jamuan di rumah. Bukan sembarangan jamuan tau. Berikut ada panduan untuk kamu menjayakan jamuan kesihatan ini atau lebih dikenali sebagai Fitness Party:

1) Mainkan DVD latihan dan aerobic beramai-ramai. Jika cuaca berada dalam keadaan baik, lakukannya di luar rumah.

2) Jika inginkan suasana yang lebih seronok, upah jurulatih yoga untuk membimbing kamu dan rakan-rakan.

3) Sediakan minuman ‘Smoothies’ buatan sendiri. Cari resipinya di internet atau mana-mana buku resipi kesihatan yang banyak berada di pasaran.

4) Ajak teman-teman menonton filem yang memperlihatkan keindahan tubuh langsing para selebriti yang kamu idam-idamkan selama ini agar semangat kamu untuk bersenam kembali membara.

Friday, September 3, 2010

Epal - Antiseptik dan Antibiotik


Khasiat cuka 'Apple Ceder' sudah diketahui sejak beratus-ratus tahun dahulu. Ia dirumus daripada pemendapan epal yang sering digunakan sebagai antiseptik dan antibiotik. Bagi masyarakat purba Greek dan Roman, 'Apple Cedar' dijadikan ubat untuk mengurangkan bengkak dan gigitan serangga serta ular. 'Apple Cedar' mengandungi lebih 90 vitamin, misalnya A, B1, B2, B6, C dan E. 'Apple Cedar' juga mengandungi mineral asid amino dan pelbagai bahan yang lain seperti asid laktik, asid propionik, asid asetik, enzim, potash, fosforus, kalsium, sodium, florin, silikon, potassium, magnesium, iron, sulfur dan klorin, beta karotena dan bioflavanoids. Kebelakangan ini, khasiat 'Apple Cedar' semakin hangat diperkatakan sebagai bahan semula jadi untuk menurunkan berat badan. 'Apple Cedar' didakwa mampu membuang sisa toksin di dalam tubuh dan secara tidak langsung lemak-lemak yang terkumpul juga makin mudah untuk dicerna. Inilah permulaannya di mana 'Apple Cedar' dikesan mampu untuk menurunkan berat badan. Bagi kamu yang ingin mencuba,'Apple Cedar' banyak dijual di farmasi dalam bentuk cairan dan kapsul. Selain itu 'Apple Cedar' juga boleh dijadikan penambah perisa di dalam masakan.

Makanan Sihat Dari Rumah

Makanan yang disediakan dari rumah nyata lebih sihat. Dalam 1 kajian yang terkandung dalam Western Jornal of Nursing Research, Wanita yang gemar makan di luar cenderung untuk mengambil jumlah kalori dan minyak yang lebih banyak ke dalam tubuh. Meskipun kamu sedang berdiet, namun kamu tetap memilih untuk makan di luar maka kamu menambah sejumlah 200 hingga 300 tambahan kalori dan 10 hingga 6 gram lemak di dalam badan.

Thursday, September 2, 2010

Olahraga Meningkatkan Risiko Osteoporosis

Jika kamu terlalu banyak berolahraga ia boleh meningkatkan risiko osteoporosis. Olahraga secara keterlaluan boleh menyebabkan lemak di dalam badan berkurangan. Lemak diperlukan oleh badan bagi membantu meningkatkan penghasilan hormon estrogen sekaligus penting untuk pembaharuan tulang. Jadi, pastikan olahraga kamu dilakukan secara berjadual dan seimbang agar kamu tidak mengalami masalah kekurangan hormon estrogen yang boleh mengundang kepada masalah pereputan tulang di kemudian hari.

Teh Penyembuh Stress

Teh sinonim dengan ketenangan. Menurut para pengkaji dari University College London (UCL), dengan menikmati minuman teh secara teratur ia boleh membantu mempercepatkan proses penyembuhan stress. Individu yang menikmati teh hitam sebanyak 4 hingga 6 kali dalam seminggu, akan mengalami penurunan kadar hormon stress. Namun para peneliti tersebut masih belum menemui jawapan secara tepat mengenai jenis zat yang terkandung di dalam teh sehingga boleh menurun kadar hormon stress tersebut.