Saturday, October 30, 2010

Pemenang Komen Dan Menang

Sepanjang bulan oktober, blog ini menganjurkan pertandingan komen dan menang. Hari ini diumumkan pemenang komen dan menang:-

1) Zyash - Rm15

2) Yiedpozi -Rm15

Sila email nama sebenar dan alamat yang tepat atau Akaun Bank untuk saya kirim hadiah ini. Email ke nald84@gmail.com

Tahniah....

Saturday, October 23, 2010

Chlamydia Bahaya Untuk Kandungan


Chlamydia yang dikategorikan sebagai penyakit kelamin yang berjangkit melalui hubungan seks berlaku 4 kali ganda lebih kerap daripada penyakir gonorrhea. Jika tidak dirawat, ia boleh menyebabkan penyakit radangan pelvis atau pelvis inflammatory disease (PID), kemandulan dan masalah ketika mengandung. Wanita mengandung juga berisiko untuk menyebarkan penyakit tersebut kepada bayi semasa bersalin serta menyebabkan infeksi pada mata atau paru-paru (pneumonia) bayi.

Thursday, October 21, 2010

Jauhkan Makanan Manis


Tahukah anda tubuh yang sedang dalam tekanan menghasilkan lebih hormone kortisol iaitu hormone yang menggalakkan minat anda terhadap manisan? Jadi awas, ketika anda dalam tekanan, sebaiknya lenyapkan biskut atau manisan dari pandangan anda dan stabilkan gula dalam darah dengan mengambil makanan yang mengandungi protein.

Thursday, October 14, 2010

Jika Susah Tidur Minumlah Susu


Anda mempunyai masalah gangguan tidur atau insomnia? Rasanya inilah masa yang terbaik untuk anda mengambil susu panas, kerang dan makanan berserat untuk mengatasinya. Menurut David Levitsky, professor makanan dari ‘Cornell University Ithaca’, New York, terdapat beberapa makanan yang baik untuk membantu mengatasi masalah tidur. Makanan yang mengandungi asid amino ‘tryotophan’ ayam dan susu akan diubah menjadi ‘serotonin’ di dalam tubuh yang kemudiannya diubah menjadi ‘melatonin’. Kedua-dua asid inilah yang akan membuatkan anda lebih relaks dan mudah mengantuk.

Wednesday, October 13, 2010

Jambu Batu Turunkan Kadar Kolesterol


Biarpun ada pendapat yang mengatakan bahawa memakan jambu batu boleh menyebabkan penyakit apendiks, namun jangan ada yang salah faham. Buah yang sering dijadikan pencuci mulut ini sebenarnya berkhasiat membekalkan vitamin dan mineral kepada tubuh. Ia juga mampu menurunkan kadar kolesterol sebanyak 18.8% dalam darah. Menarik bukan? Bagi memastikan khasiatnya berupaya bertindak balas kepada tubuh dengan lebih berkesan, amalkan pengambilan jambu batu setiap hari dalam jumlah yang mencukupi.

Tuesday, October 12, 2010

Kurangkan Pengambilan Daging Merah


Gemar memakan daging merah? Mungkin selepas membaca fakta ini akan membuatkan anda mengurangkan pengambilan daging merah. Walaupun daging merah kaya dengan protein tetapi ianya tidak boleh diambil secara berlebihan kerana pola makan tinggi protein boleh menyebabkan penurunan massa tulang. Bagi mendapatkan keperluan protein yang diperlukan oleh badan, tidak semestinya anda memakan daging merah sebaliknya anda boleh menggantikannya dengan 2 gelas yogurt rendah lemak, sebiji telur, keju rendah lemah tauhu atau susu skim.

Wednesday, October 6, 2010

Makan Limau Cegah Lapar


Jangan terkejut sekiranya ada fakta yang mengatakan makan limau akan membuatkan seseorang berasa kenyang. Memang benar, ini telah dibuktikan dalam 'Journal of The American College of Nutrition' yang menyatakan bahawa pektin iaitu sejenis serat yang terkandung di dalam lapisan putih limau dapat mencegah rasa lapar sehingga 4 jam. Limau yang mengandungi 69 kalori memiliki 4 gm serat iaitu 16 peratus dari keperluan serat sehari. Tidak percaya? Cubalah dulu.

Sunday, October 3, 2010

Serum Vitamin C

Serum vitamin C adalah yang paling banyak dan paling biasa digunakan. Pun begitu, kandungan serum vitamin C adalah berbeza (perbezaannya dianggarkan antara 5% hingga 20%). Untuk mengatasi masalah penuaan, lazimnya pakar kecantikan dan ahli farmasi akan menyarankan penggunaan serum yang rendah kandungan vitamin C. Bagaimanapun, untuk tujuan perubatan kandungan vitamin C yang tinggi boleh digunakan.

Selain mempunyai fungsi anti oksidan, serum vitamin C juga bertindak sebagai perangsang pembentukan kolagen kulit, penyimpan air dan merawat luka. Pemakaiannya juga membantu mengatasi masalah kulit kering agar lembap sentiasa.

Terdapat 2 jenis serum vitamin C iaitu asid L-ascorbic (larut dalam air) dan ascorbil palmitat (larut dalam minyak).

Kelemahan serum vitamin C adalah sifatnya yang mudah berubah mengikut suhu bilik. Biasanya, selepas 2 hingga 3 kali pemakaiannya, kandungannya sudah berubah dan kemungkinan kurang efektif lagi terhadap kulit. Disebabkan itu, serum vitamin C didatangkan dalam botol kecil berwarna perang agar ia tidak mudah teroksida.

Serum Vitamin E

Vitamin E bersifat larut dalam lemak dan banyak dijumpai dalam gandum, bijirin, telur kuning dan hati lembu. Secara amnya, vitamin E bermanfaat dalam melembapkan kulit, menghalang radikal bebas dan bertindak sebagai anti oksidan. Oleh itu, pemakaian serum yang disapukan pada seluruh permukaan kulit wajah, tangan dan leher adalah disarankan setiap hari.

Serum vitamin E juga baik untuk tujuan perawatan rambut. Dalam bentuk serum, kandungan vitamin E tidak hanya melindungi batang rambut, tetapi juga mampu menembusi lapisan dermis kulit. Ia berbeza dengan syampu yang hanya menembusi kulit kepala dan batang rambut